Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin, limpah dan kurnia Nya jua dapat saya menyampaikan sepatah dua kata-kata aluan bagi Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian seluruh negara. Sebagai institusi akar umbi parti keramat UMNO, Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian setiap tahun sentiasa menjadi pentas maklum balas dan penjana nilai kepada perjuangan Pemuda UMNO.
Bersesuaian dengan cabaran dan perkembangan politik semasa serta harapan dan amanah dari ahli parti dan rakyat, amatlah wajar bagi UMNO untuk merangka pendekatan dan strategi bagi memastikan kelangsungan peranannya sebagai parti yang menjadi tunggak pemerintahan negara.
Sehubungan dengan itu, semasa merasmikan Khemah Kerja Pemuda UMNO di Janda Baik, Pahang yang diadakan dari 30 April hingga 3 Mei yang lalu, saya telah menggariskan bahawa misi kita adalah jelas dan nyata iaitu bagi memenangi sokongan generasi muda Melayu, Cina, India dan dari kelompok etnik yang lain kepada Barisan Nasional. Untuk, itu saya telah menetapkan bahawa misi dan gerak kerja kita haruslah berpaksikan kepada
Sebagai penjelasannya, BERSATU bermaksud bahawa asas kekuatan kita adalah perpaduan dan gerak kerja berpasukan semua ahli Pemuda UMNO di dalam saf perjuangan yang kukuh. BERPRINSIP pula bermakna bahawa Pemuda UMNO tetap berpegang teguh kepada perjuangan asas UMNO bagi menegak, mempertahan dan memartabatkan agama, bangsa dan tanah air, sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara, kontrak sosial dan formula perkongsian kuasa di dalam Barisan Nasional. INKLUSIF pula bermakna aktiviti dan program kita harus bersifat inklusif dan menjangkau parti dan batas agama dan bangsa. RELEVAN membawa maksud bahawa segala program, medium penyampaian,
Kesemua elemen tadi bukan sahaja menjadi nadi dan paksi kepada pendekatan Pemuda UMNO di dalam gerak kerjanya malahan konsisten dan menepati kesemua ciri-ciri 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Presiden parti dan juga Perdana Menteri
Rukun Pemuda penting bagi parti keramat kita ini kerana UMNO bertitik tolak daripada satu perkataan iaitu berkhidmat – dan sebab itulah cogan katanya memerlukan orang UMNO untuk bersatu dan bersetia bagi bersama-sama berkhidmat untuk rakyat demi agama, bangsa dan tanah air.
Saya doakan agar perjalanan semua Mesyuarat Tahunan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian akan sempurna, berjaya dan mencapai matlamatnya yang selaras dengan amanah dan tuntutan untuk kita berkhidmat untuk agama, bangsa dan tanah air. Disamping itu, saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua di atas segala komitmen, pengorbanan dan kerja keras yang telah dicurahkan bagi menjayakan perjalanan dan urusan mesyuarat kita kali ini.
Salam Perjuangan dan Selamat Bersidang
No comments:
Post a Comment